"watever dude. my-life-my-style-my-rule"
'eh2 mamat neh dah kebulur nak telan lutut aku ke'
monolog dalam ati
ehem2
Kehadapan awak yang disayangi lagi dicintai
Awak..
saya nak hadiahkan awak hijab..
ye hijab cinta khas untuk awak..
tapi hijab ne takde laa cantik mana pun..
tapi..
Kecantikan itu bukan diukur
Pada nilai kain yang melindungi rambut awak
Pada kain yang membaluti tubuh awak
Bukan juga pada warna-warni fesyen terkini gaya awak
Bukan juga pada ketinggian tapak kasut pada tumit awak
Kecantikan itu bukan terlihat
Pada mascara di bulu mata awak yang lebat
Pada pemerah dipipi awak yang memikat
Pada gincu dan lip gloss merah melekat
Bukan juga pada bedak maybelline yang menjadi teman rapat awak
Kecantikan itu tidak harus diserlah,
Pada baju berwarna terang di kulit awak yang cerah
Pada kain yang singkat terangkat terdedah,
Pada kain nipis yang tembus cela
Bukan juga pada suara yang lenggok bermadah
Sungguh kecantikan itu sering disalahtafsir
Pada mata yang melihat zahir, bukan hati dan akal yang berfikir
Hinggakan kecantikan itu hilang makna dan rasa
Hingga jiwa kerap jatuh rebah!
Awak..
Cantik itu bermakna
Pada mata menawan pandangan awak selalu tunduk
Pada wajah awak yang selalu basah di kala wudhu
Pada bibir awak berzikir tawadhu
Pada nafsu awak, iman memujuk
Cantik itu bahagia
Pada jasad amanah sebaiknya dijaga
Pada suara awak mengajak berdakwah
Pada baju labuh awak menjaga maruah
Pada cinta yang hak terpelihara.
akhir kata dari saya..
Sabar mengajar awak
Redha dikejar
Beruntunglah awak wanita yang dilihat, kalimah Allah dilidah terpahat
Berbahagialah awak wanita yang diuji, merasa diri sering diperhati
Malu menjadi pendinding diri awak
Kerana pandangan hati lebih utama
Pandangan tuhan segala-galanya
Maka hijabkan diri awak, pelihara amanah awak
Itulah kecantikan yang abadi
Itulah kebahagian awak yang dicari
insyaAllah, ya Rabbal Alamin…
awak.. awak sudi tak terime hijab cintamu..
saya harap awak sudi terime..
*idea tercetus setelah baca cerpen dan diolah :D
13 comments:
whoa!aku suka ini!
XD
thanks.. beb! :D
suka ini :)
cik fyqa suke yew..
nanti saye kasi awak satu..:D
comelnyer surat cinta awak
comel lagi tuan punye surat..
hehe :D
wohoo.. nanti jgn lupa bagi hijab nya sekali ye.. :D
haha bereh2 :D
mak aii. kalau dapat ayat nie dari pakwe. tidur tak lena mundy tak basah ler. hehehe. nasib bek tak ada pkwe
haha macam2 :D
fulamak...
sgt indah...i like.
thanks.. :D
Post a Comment